Thursday, 2 January 2014

TRAGEDI 2013

penghujung 2013 yang tak dapat dilupakan dalam kamus hidup aku apabila harta kesayangan aku JAHANAM.. FRUST GILA BEB !! putus cinta pun aku tak pernah frust.. remuk hati aku bila melihat keadaan LOVELY GADGET pemberian ayah pada 1 Ogos 2013 musnah depan mata.. menyesalnya sambut new year..  2013 juga telah mencalitkan 1001 kebahagiaan, kesedihan, keperitan dan kekecewaan yang aku alami sehingga aku terduduk dan tak mampu berdiri andai tiada sokongan dari keluarga tercinta dan adik-beradik seperguruan.. NAMUNNN….

semoga dengan kehadiran 2014 akan memberi nafas baru dalam kehidupan aku, dan memberi aku peluang untuk kejar kerjaya aku.. INSYA’ALLAH dengan azam dan semangat yang baru aku akan cuba untuk  berdiri dan berjalan dengan sendiri tanpa mengharap bantuan dan simpati dari kalian.. cukuplah sebelum ini kalian pernah tanggung masalah aku yang tak pernah habis.. kini aku akan cuba untuk berdikari kerana aku dah tak sanggup lagi untuk membebankan kalian dengan masalah aku.. aku juga dah tak sanggup melihat kalian bertelagah dan bermasam muka hanya kerana AKU !!

mungkin 2014 adalah masa yang sesuai untuk aku melepaskan tangan ku dari gengaman kalian.. walaupun aku belum bersedia, kalian tetap kena lepaskan agar tiada perasaan yang terluka dengan kehadiran ku di sisi kalian.. jika ditakdirkan kita masih bersama INSYA'ALLAH aku akn pulang jua ke pangkuan kalian.. nasihat dan teguran serta jasa kalian akan daku kenang hingga ke akhir hayat..

jika ada sumur diladang,
boleh hamba menumpang mandi,
jika ada umur yang panjang,
mungkin kita akan bersatu kembali

p/s : bermadah pujangga dan berpatun bukan diri ku.. tapi jika seseorang itu dalam kekecewaan(frust), berhati batu(stone) jua mampu menangis.. tiada seorang yang mampu memahami hatinya yang lara..