Wednesday, 8 October 2014

permata dalam sebuah perhubungan

Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesar berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi
Sahabat
Kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara
Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk kuukir senyuman
Bagaikan embun hilang di terbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa
Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan
Hingga ke titisan darah yang terakhir
Dan aku masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku
Terus menanti saat yang manis
Akan berulang kembali
Sahabat

nota kaki : SAHABAT....

Hanya Mampu Tersenyum


bagaikan jauh jalan yang ku tempuh
langkah demi langkah akan ku gagah
hari demi hari berjalan tanpa henti
yakinku ada sinar yang menentu
kalau dah bertemu arah
yakin penuh pasti
padaNya Yang Kuasa dikau berserah
jika kau rebah jika kau kalah
bersaksiklah rahmatNya akan terserlah
segala kepahitan segala keperitan
terima bagai penghapus dosa
malang yang menimpa duka yang melara
mungkin di baliknya ada bahagia
jangan berputus asa
dari rahmat Yang Maha Esa
jangan kita lupa
ujian lumrahnya dunia..


nota kaki : setiap ujian, kifarah, dugaan yang datang pada kita pasti ada hikmahnya yang tersembunyi. teruskanlah berjalan dan yakin dengan ketentuan Illahi.

Saturday, 27 September 2014

di sini bermulanya

setelah hampir dua tahun aku gantung kamera, kini aku kembali untuk beraksi. tapi, segalanya perlu bermula dari bawah kembali. aku tak malu dan aku tak perlu untuk menunjukkan bodoh sombong kerana tak di nafikan aku memang seperti dah tak tahu macam mana nak mengguna dslr lagi. Insya’Allah dengan doa dan restu dari ibu, ayah, keluarga dan insan tersayang serta sujud pada yang Esa aku akan berjaya. dan dengan kesungguhan dan bantuan dari orang tersayang dan sekeliling, aku akan berjaya !!


nota kaki : di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan. let bygone by bygone and never turn around !!

Tuesday, 25 March 2014

peringatan diri tatkala tersasar

Hidup ini tak semanis mimpi...
Hidup ini tak seindah impian...
Hidup ini penuh warna-warni...
Hidup ini penuh dengan ujian...
Hidup ini ada suka, ada duka...
Hidup ini hanyalah sementara...

Dalam hidup ini, kekadang kita tak dapat apa yang kita inginkan...
Dalam hidup ini, kekadang kita hilang apa yang telah kita idamkan...
Dalam hidup ini, kekadang kita dapat apa yang tidak kita jangkakan...
Dalam hidup ini, kekadang kita terlupa dengan apa yang telah kita ada...
Dalam hidup ini, kekadang kita tak syukuri dengan nikmat Ilahi...
Dalam hidup ini, kekadang kita lebih membandingkan apa yang orang lain ada tetapi kita tiada...
Dalam hidup ini, kekadang kita lebih tumpukan dunia daripada akhirat yang hendak dituju selamanya...



nota kaki : sesungguhnya kehidupan yang abadi adalah kehidupan selepas kematian..

Tuesday, 18 February 2014

sekadar coretan

Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.

Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera.

Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.

Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.

Seorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggung jawab kepada keluarganya adalah bukti kasihnya kepada keluarganya.

Tingginya darjat suami ditentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga, sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya.

Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka.

Kasih sayang yang terjalin diantara anak dan ibubapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka.

Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada
pasangan, anak ataupun ibubapanya.

Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia.

Pecinta keluarga tidak akan membiarkan dalam rumahnya berlaku keburukan dan kemaksiatan.

Anak-anak lebih memerlukan contoh dan keteladanan dari kedua ibu-bapa mereka daripada celaan dan kekerasan.

Kehidupan kita akan berubah apabila dimulai dengan perubahan diri, keluarga dan persekitaran.

Mahkota orang tua adalah anak cucunya dan kehormatan anak-anak adalah kerana nenek moyang mereka.

Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai.

Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan terbangunnya komunikasi yang sihat diantara ahli keluarga.

Komunikasi dalam keluarga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah pun tetap terjaga.

Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusannya.

Rasul saw bersabda, paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.

Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia adalah seumpama seorang mujahid dijalan Allah.

Warisan termahal dan terbaik dari diri kita untuk keluarga, keturunan, dan masyarakat adalah keindahan akhlak kita.

Allah mencintai orang-orang yang selalu berjuang memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat.

Cintailah suami atau isteri kita dengan memuliakan ibubapa dan keluarganya.

Bagaimana kita bersikap kepada anak-anak kita, begitu pulalah mereka akan bersikap kepada kita. Maka berikan sikap yang terbaik kepada mereka

Jika Allah cinta kepada sebuah keluarga, maka salah satu cirinya ialah keluarga itu dibukakan hati untuk ilmu agama.

Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana keta’atan keluarga kepada Allah.

Ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibubapanya kelak di akhirat.


p/s : buat renungan bersama. semoga kita saling ingat-mengingati sesama insan ^^

Thursday, 2 January 2014

TRAGEDI 2013

penghujung 2013 yang tak dapat dilupakan dalam kamus hidup aku apabila harta kesayangan aku JAHANAM.. FRUST GILA BEB !! putus cinta pun aku tak pernah frust.. remuk hati aku bila melihat keadaan LOVELY GADGET pemberian ayah pada 1 Ogos 2013 musnah depan mata.. menyesalnya sambut new year..  2013 juga telah mencalitkan 1001 kebahagiaan, kesedihan, keperitan dan kekecewaan yang aku alami sehingga aku terduduk dan tak mampu berdiri andai tiada sokongan dari keluarga tercinta dan adik-beradik seperguruan.. NAMUNNN….

semoga dengan kehadiran 2014 akan memberi nafas baru dalam kehidupan aku, dan memberi aku peluang untuk kejar kerjaya aku.. INSYA’ALLAH dengan azam dan semangat yang baru aku akan cuba untuk  berdiri dan berjalan dengan sendiri tanpa mengharap bantuan dan simpati dari kalian.. cukuplah sebelum ini kalian pernah tanggung masalah aku yang tak pernah habis.. kini aku akan cuba untuk berdikari kerana aku dah tak sanggup lagi untuk membebankan kalian dengan masalah aku.. aku juga dah tak sanggup melihat kalian bertelagah dan bermasam muka hanya kerana AKU !!

mungkin 2014 adalah masa yang sesuai untuk aku melepaskan tangan ku dari gengaman kalian.. walaupun aku belum bersedia, kalian tetap kena lepaskan agar tiada perasaan yang terluka dengan kehadiran ku di sisi kalian.. jika ditakdirkan kita masih bersama INSYA'ALLAH aku akn pulang jua ke pangkuan kalian.. nasihat dan teguran serta jasa kalian akan daku kenang hingga ke akhir hayat..

jika ada sumur diladang,
boleh hamba menumpang mandi,
jika ada umur yang panjang,
mungkin kita akan bersatu kembali

p/s : bermadah pujangga dan berpatun bukan diri ku.. tapi jika seseorang itu dalam kekecewaan(frust), berhati batu(stone) jua mampu menangis.. tiada seorang yang mampu memahami hatinya yang lara..


Monday, 9 December 2013

new item of this year :D

Finally. Kami dapat bergambar bersama setelah sekian lama (lama la sangat)  masing-masing sibuk dengan kehidupan seharian. Walaupun kami jarang berjumpa, sekali jumpa perangai gila-gila yang akan keluar. Entah bila lagi kami akan dapat bergambar bersama. Semoga hubungan ini akan berkekalan hingga jannah illahi. Gambar kami yang memenuhi quota enam “srikandi melayu”. Hehehe ^_^


smile always ^_^

say cheesss.. sanp with the delicious cake.. don't forget to smile (",) 
the way we treat ourself to be a human being c(: